Sebelum ini Aidil Zafuan memberikan kenyataan di mahkamah yang mana jumlah wang bulanan RM5,392 yang dituntut Rita Rudaini sebagai tidak munasabah termasuk beberapa perkara dalam perbelanjaan yang sudah tidak relevan lagi.

BACA: Aidil Zafuan Dakwa Rita Rudaini Tuntut RM5,392 Sebulan Tidak Munasabah


Menjawab kenyataan Aidil Zafuan itu, Rita Rudaini berkata jumlah tersebut adalah munasabah dan relevan selain bekas suaminya patut bersyukur kerana jumlah tuntutan itu sudah termasuk diskaun selain dirinya yang masih bekerja mencari nafkah.

“Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja”

“Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak. Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak sudah besar tidak perlu lagi minum susu. Rasanya orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan,” jelasnya.


Walaupun kehidupan Rita Rudaini & anak anak kini nampak mewah, pelakon ini berkata beliau tidak pernah mengajar kedua dua anaknya ke arah kehidupan sebegitu dan apa yang dibelanjakan adalah kerana beliau mampu.

“Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua itu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya,” tambahnya lagi.

Rita Rudaini turut berkata yang beliau tidak peduli dan tidak mahu ambil tahu akan gossip yang mengatakan Aidil Zafuan bakal berkahwin tidak lama lagi.

“Mereka tidak ada kena mengena dengan saya dan saya tak perlu ambil tahu,” ujarnya ringkas.

Rita Rudaini be like …