fbpx

Rita Rudaini Didik Anak Bagi Kucing Jalanan Makan Sebelum Ke Sekolah

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Rita Rudaini mendedahkan cara mendidik anaknya berkongsi rezeki dengan sesama makhluk. Rita berkata setiap hari sebelum ke sekolah dia bersama anak-anaknya akan memberi makan kepada kucing jalanan.

Menurut Rita, dia menggangap kehadiran kucing itu membawa rezeki kepada mereka. Rita turut memuat naik video memaparkan anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna memberikan makanan kepada beberapa ekor kucing jalanan.

BACA: Rita Rudaini Seronok Belajar Al-Quran Dengan Anak-Anak Secara Online

“Setiap hari sebelum pergi sekolah,mesti singgah bagi makanan dan air dekat kucing. Didik anak-anak berkongsi rezeki sesama makhluk.

“Pernah tak ada kucing yang tiba-tiba datang ke rumah kita? Kadang-kadan pergi buang tapi datang balik. Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Tuhan.

“Allah SWT nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah ruah telah diperuntukkan Allah swt untuk kita,” tulisnya.

Kata Rita lagi, kucing bukan sahaja membawa rezeki dari segi wang ringgit atau harta benda tetapi juga dalam bentuk kegembiraan, kesihatan dan ketenangan. Rita turut berpesan supaya bersangka baik dengan Tuhan jika didekati kucing.

“Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini dgn keikhlasan kita dan doa dari kucing utk tuan rumah.

“Jadi selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Tuhan kerana agenda rezeki kita dari Tuhan itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan mungkin kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki di dalam hidup kita.

“Rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tapi juga dalam bentuk yang lain seperti kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu, kemudahan dan pelbagai lagi di dunia dan akhirat,” tulisnya.