Rita Rudaini Dedah Pengalaman Bersalin Ketika Bersama Bekas Suami
Sempena ulang tahun kelahiran ke-11 anaknya Airit Rayyan Rizqin, Rita Rudaini terkenang kembali kenangan ketika melahirkan anak sulungnya itu. Menurut Rita, kelahiran pertama itu disambut gembira ahli keluarga termasuk bekas suaminya.
Rita berkata ketika itu bekas suaminya iaitu pemain bola sepak Malaysia, Aidil Zafuan melayan semua permintaannya termasuk teringin untuk makan dan minum sesuatu sebelum melahirkan Airit.
BACA: Anak Rita Rudaini Tumpang Kasih Sayang Bapa Saudara
“Buah hati pertama penuh sentimental value. Bila dia lahir, semua orang gembira macam sambut menang peperangan. Mommy, daddy (Aidil),maktok, tokwan, paklong, paksu dan semua keluarga tunggu kelahirannya.
“Dah dalam labour room tiba-tiba teringin nak makan cheese cake dan coffee. Dah daddy turun beli. Makan memang tak ingat dunia macam lupa nak beranak. Tengahari dia nak keluar tapi tak boleh sebab mommy tak pandai, pertama kali kan.
“Kemudian, dah terbelit tali pusat pula dan doktor kena forceps tapi tak boleh juga. Akhir sekali vacum laa dan keluar je ‘eh? Nape sebijik daddy ni?’ Ok lah tak kisah pun sebab nak kami juga,” katanya.
Bergelar ibu tunggal ketika anak-anak masih kecil lagi, Rita bersyukur anak sulungnya itu bersama dengannya susah dan senang menempuh liku hidup. Malah, anaknya itu banyak belajar dari kesusahan dan memahami perasaannya.
“Alhamdulillah, masa kecil susah nak senyum, pendiam tapi fokus dengan apa yang dia buat. Anak yang banyak tengok susah senang mommy, airmata mommy.
“Anak yang banyak belajar dari kesusahan mommy. Anak yang banyak faham perasaan mommy, anak yang membesar dengan seribu satu kisah kami,” tulisnya.
Bagaimanapun, Rita meluahkan rasa syukur kerana anaknya itu dipilih menjadi ketua keluarga serta mendoakan anaknya menjadi anak yang soleh serta memiliki akhlak yang baik.
“Tak sangka, anak ini ‘di pilih’ untuk jadi ketua keluarga kami. Airit Rayyan Rizqin moga akhlak mu seindah syurga. Besar nanti protect mommy dengan adik ya. Jangan main-main ya saya ada 2 anak lelaki yang strong dari kecil lagi,” katanya lagi.
Mengamuk nnti belah sana membacanya..
Kesian kat anak2 tu. Jgn bawa pertelingkahan org tua ke dlm anak2 tu. Byk yg bercerai tp berkorban perasaan demi psikologi anak. Berdamai lah. Somi nya pun perlu berikhtiar agar anak dpt kasih syg seorg papa walaupun sudah x ada perasaan lg dgn ibunya. Kita tahu ia x mudah. Tapi byk yg berjaya melakukannya dan buat lillahitaala. Semoga dipermudahkan.
Nak buat mcm mana…bekas laki dapat bini pendek queen control…sampaikan nafkah anak pun dilarangnya..jumpe pon dilarang nya ..takpe la dpt support dr mak mertua…tabah la rita.rezeki Allah buat kamu seluas alam..
Melayu version of It’s okay to not be okay Gang Tae
insyaallah mudah2an jadi anak yg soleh yg bole bawa ibubapa ke syurga aamiin
Masihhhh ke wey? Move la spender oiii ..
Tak pernah akak tengok pompuan yg ao desperate kat ex yg dah tak nak kat dia or anak anak dia ..
Move on .
X kan la smpai nko umo dh 60 an pon msh nk throw back lg rita oiii…
dia bukan x blh move on, saya faham… cume dia ksian dgn ank2nya.. xksah kalo bapa kawin lain, hal sendiri2.. cume tanggungjawabkat ank… ksian ank2.. nk bgaduh dgn mak lntak pi la… cume kasih syng tu, bg sikit la kt ank2 lama… ingat, rnafkah ank2, yg pling saya takut… di sbbkn kite xbgnafkah ank2, allah akn tarik rezeki yg kite ade…kisah yg prbah blaku.
iye btl kan.. mcm sya pun.. walaupun sya bkhwin dgn duda… hal2 nafkah ank2 dgn ex, saya xambik tau.. suami prnh bpesan, nafkah ank2 dia ttp bg sikit atau bnyak… sbb dia takut allah akan menarik balik rezeki yg kite ada. ank2 tiri dtg rmh pun saya xkish… sbb kite ingt pesan suami satu tu. kite xselalunya diatas
Ayu Raudah…..bodoh nyer kau ni kan…dah lah buat fake acc. agi
kau rasa klaw nafkah anak x kasi…minah ni boleh diam ke…mesti HAVOCCCC……skrg ni dia terjerat lah kat tengkuk dia…
Dulu bila Aidil nak jumpa anak macam2 alasan & peraturan dia create…bcoz Aidil sorang je kan…bila orang tu dah kawen ada…dpt anak …dia mula lah x senang duduk…duk pung pang2x…tpi dalam hati dia…..haaaa.haaaa…
Now biar dia tengok betapa kerasnya hati EX dia …macam2 dia buat, keluar Melodi, n/paper, majalah ..artis kan senang lah sampai ada orang pertikai kan pasal taraf anak pun..ex buat yilek je…
YES….sian kat anak x dpt jumpa EX dia tapi salah siapa ????? klaw dia boleh berlembut ngan EX dia dulu, x buat mcam2 peraturan gila dia semata2 nak sakit kan hati EX….maybe now dah boleh jadi mcam Norman+Memey+Abby
tengok cite minah ni sama plak mcam kawan aku….anak 2 orang jugak ..anak hantar balik kg dia nenek nak jaga konon…semata2 nak jauhkan anak jumpa EX, Ex nak jumpa mcam2 alasan…tpi bila EX dah kawen ngan janda anak 2….awal tahun ni jgak…mula lah meroyan….masa PKP hari tu sebok call EX cakap anak nak jumpalah, rindu daddy lah..dah lah masa tu x boleh rentas negeri …hahaaaa… ..skrg ni dah ada new rules..dia buat anak gilir2 jaga 1 minggu ngan EX…1 minggu ngan nenek….kitaorang 1 office senyum sindir je lah…sian budak tu…penat ulak alik…suruh bagi EX jaga x boleh katanyer..takut mak tiri dera…so kita WAIT n SEE jelahhhhhh…..
kaumemangcute.. terima kasih atas pnjelasan.
Hurm ….. Kau tu mesti rita ….. Lol …move on la …..si ex laki …. Now ex bapa dah tak mau kat anak anak si rita ni … …nasihat la dia move on ..jangan nampak desperado sgt ..memalu kaum janda ooi.
Jantan lain pun memang takut nak dekat kat kau rita .,…… Mcm serial ex janda stalker dah pulah
@Kaumemangcute betul sangat
Yes aidil bagi nafkah RM3000 sebulan kan untuk 2 anak seperti yg dipersetujui bersama di court. Maybe sikit lagi in the future, bila anak semakin besar, keperluan bertambah, aidil boleh tambah atau rita boleh minta untuk tambah lagi.
Aidil/ibu bapa aidil (now ayah aidil dah meninggal) banyak kali minta nak jumpa anak tapi rita beri syarat supaya dia ada bersama waktu jumpa anak. Bila family dah setuju, last minit dia pula yang bagi alasan lain untuk elak berjumpa, kena datang rumah dia lah apa lah.. siapa yang bagi masalah u think? Pada peringkat awal rita yang tak bagi contact langsung. Now bila aidil dah tak layan, baru dia terhegeh-hegeh nak throwback macam2. Apa yang rita tak maki aidil, mak ayah mertua & keluarga aidil dulu? Di caci makinya mak ayah aidil sampai Masuk suratkhabar, tv hari-hari kan dulu? ingat semudah tu ke keluarga aidil boleh lupakan semua? Bila minta nak jumpa anak macam2 syarat diberikan, orang lelaki pun ada limit dia juga, sampai bila boleh dipijak2? Sekarang dia yang asyik sebut pasal aidil macam dah tak betul pun ada.
Aku bukan fan aidil tapi kadang2 ada je exwife suka guna anak untuk balas dendam pada exhusband, so kita tak boleh nak selalu tuduh lelaki tu pun. Bila dia asyik sebut secara terbuka berulang-ulang macam ni, anak pun akan jadi confuse. Kesian budak-budak, sekejap mak cakap macam tu sekejap macam ni ..