fbpx

Anak Rita Rudaini Tumpang Kasih Sayang Bapa Saudara

Tujuh tahun bergelar ibu tunggal bukan perkara mudah buat Rita Rudaini kerana dialah ibu dan dia juga bapa. Sempena sambutan hari bapa semalam, perkongsian Rita di Instagram menjadi perhatian netizen.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Rita berkata anak-anaknya sangat bertuah kerana dikelilingi bapa saudara yang baik. Malah, Rayyan dan Arjuna diberikan kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada bapa saudara mereka yang sudah menganggap anak-anaknya seperti anak sendiri.

BACA: Pernah Leka Zaman Remaja, Rita Rudaini Akui Bukan Ibu Sempurna

Selama ini anak-anak hanya membesar bertiga dengannya dan menumpang kasih bapa saudara, Rita berkata setiap tahu anak-anaknya tidak pernah melupakan ucapan hari bapa untuk dirinya dan juga bapa saudara mereka.

“Hari ini adalah Hari Bapa. Anak-anak tak pernah lupa ucapkan untuk saya, Pak Long dan Pak Su mereka. Bagi mereka Pak Long dan Pak Su mereka itulah ‘bapa’.

“Dari kecil kasih sayang tak pernah berbelah bagi antara anak sendiri dan anak saudara. Apa yang anak mereka dapat, anak saya pon akan dapat. Mana pernah mereka lupa seinci pun anak-anak saya. Kasih sayang mereka tiada sempadan.

“Walaupun hanya bapa saudara, budak kecil ini akan ingat siapa yang selalu bersama mereka. Budak-budak akan kasih dan suka orang yang kasihkan mereka. Anak-anak saya cukup bertuah kerana dikelilingi bapa saudara yang baik dan mengambil berat umpama anak sendiri,” katanya.

Kata Rita lagi, anaknya juga sentiasa meluahkan rindu dan tidak pernah melupakan bapa saudara mereka. Malah, Rita dapat merasakan senyuman dan kebahagiaan anak-anak walaupun hanya menumpang kasih sayang bapa saudara.

“Walaupun berjauhan, tapi anak-anak saya tetap ingat dan sering ucap rasa rindu kalau lama tak jumpa. Mereka sering sebut kalau ada apa-apa.

“Rasa yang ada dalam diri anak-anak terhadap bapa saudara mereka ni memang kasih sayang sejati. Senyuman dan mata bahagia mereka dapat saya rasa,” katanya.

Rita berkata lagi, dia sentiasa mengingatkan kedua anaknya supaya ingat jasa bapa saudara mereka apabila dewasa kelak dan jaga mereka seperti bapa sendiri kerana kasih sayang mereka tidak boleh diganti dengan wang ringgit.