fbpx

Rita Rudaini Dedah ‘Airit’ Gabungan Nama Dengan Bekas Suami

Hampir lapan tahun bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata bukan perkara mudah buat pelakon Rita Rudaini kerana dialah ibu dan dia juga bapa.

Baru-baru ini, Rita memuat naik perkongsian mengimbau kenangan ketika zaman bercinta dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan.

BACA: Rita Rudaini Bengang Rider Letak Makanan Atas Tempat Buang Sampah

Menerusi entri itu, Rita berkongsikan foto jersi lama yang ditemuinya ketika mengemas pakaian lama. Tertera nama pada jersi tersebut gabungan namanya dan juga Aidil iaitu Airit ketika mereka hangat bercinta satu ketika dahulu.

Diruangan komen, Rita mengakui zaman percintaanya sangat manis apatah lagi ketika itu mereka sudah pun menggabungkan nama untuk diberikan pada bakal anak.

Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak. Namun bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.