fbpx

Rita Rudaini Dakwa Diri Insan Terpilih Sebab Tuhan Buka Mata

Nampaknya ada sahaja kontroversi melibatkan Rita Rudaini lebih-lebih lagi mengenai pendapat peribadi pelakon itu tentang keburukan vaksin Covid-19.

Baru-baru ini, menerusi satu video tular di media sosial, Rita mendakwa dirinya insan terpilih kerana Tuhan membuka matanya untuk menolak pengambilan vaksin.

BACA:Rita Rudaini Bidas Kredibiliti Doktor Pula

“Kami nak habaq, kita sebenarnya insan terpilih, Tuhan bukak mata kita, Dia tak pilih orang yang pakai lebai ka, pakai jubah ka, belajaq kat London ka, Oxford ka pejadah semua, Tuhan berkehendak sesiapa saja yang Dia nak bukak mata (tentang keburukan vaksin),” katanya.

Dalam pada itu, Rita turtut mempersoalkan mengapa golongan yang sudah mengambil vaksin namun masih lagi memakai pelitup muka di tempat awam dan tidak seperti di luar negara.

“Kalau hangpa kata kat oversea dah 100 peratus vaksin buka mask, awat hang tak buka mask? Kalut sangat. Cakap tak guna otak. Itu kami kata lembu. Lembu kacuk,” katanya.

Rita turut mempersoalkan apabila masih ada yang dijangkiti Covid-19 di set penggambaran meskipun sudah cukup dua dos vaksin. Malah, Rita turut mendakwa golongan yang divaksin adalah golongan yang tak normal kerana terpaksa disuntik setiap tahun.

Sebelum ini nama pelakon itu menjadi bualan ramai apabila menolak vaksin Covid-19. Bagaimanapun, Rita berkata dia bukan seorang anti vaskin namun lebih selesa digelar prosafe.