fbpx

“Dah Tak Minat? Ada Aku Kisah Orang Minat Aku Ke Tak…”

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Rita Rudaini menjadi perhatian ramai apabila meaklumkan apa sahaja luahan atau maklumat di kongsikan di media sosial tidak melibatkan orang lain.

Kata pelakon berusia 45 tahun kitu lagi, dia menyifatkan perkongsiannya itu tidak salah kerana perkara dikongsikannya itu hanya berkaitan apa yang berlaku di rumahnya sahaja.

BACA: Rita Rudaini Bengang Penghantar Makanan Buat Kerja Tak Ikhlas

“Aku kongsi info kat rumah aku ja. Aku nak melalak, mengaum, mengembek ka, aku tak pergi melewaq (merayau) rumah orang. Jadi siapa yang banyak masa? Ludah jatuh atas muka sendiri nampak. Lalat kacuk,” katanya.

Menerusi satu perkongsian lain, pelakon itu turut menegur mereka yang terlupa untuk cermin diri dan mula menyalahkan orang lain apabila terkena pada batang hidung sendiri.

“Masa mengutuk mengeji mengecam orang lupa nak cermin muka sendiri. Bila kena batang hidung, kata orang meroyan dan menyalak.

“Lalat-lalat kacuk yang tak boleh terima kebenaran, beginilah. Oh silap, sebelum ini lalat-lalat berzikir dan bermunajatlah, bukan mengecam,” katanya.

Dilihat lantang bersuara sejak kebelakangan ini, Rita berkata dia tidak kisah jika hilang peminat kerana baginya hidupnya bukan untuk diminati.

“Dah tak minat? Ada aku kisah orang minat aku ke tak.. kau ingat aku hidup ini untuk kau minat ke? Tak mati dek keji, tak hidup dek puji,” katanya.

Sebelum ini nama pelakon itu menjadi bualan ramai apabila menolak vaksin Covid-19. Rita berkata dia bukan seorang anti vaskin namun lebih selesa digelar prosafe.