fbpx

Rita Rudaini Bengang Warga Emas Dipaksa Vaksin

Sebelum ini pernah dituduh sebagai anti vaksin, nampaknya pelakon Rita Rudaini mencetuskan kontroversi lagi apabila berpendapat warga emas tidak sepatutnya dipaksa mengambil vaksin Covid-19.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Rita tidak bersetuju apabila warga emas dipaksa vaksin sehingga ada yang sudah tua dan disorong menggunakan kerusi roda disuruh mengambil vaksin.

BACA: Rita Rudaini Dipuji Tak Ajar Anak Lupa Bapa

Kata Rita lagi, mengapa warga emas perlu mengambil vaksin sedangkan nak berjalan pun tidak boleh apatah lagi ke luar negara.

Rita turut mempersoalkan tindakan anak-anak yang sibuk mendaftarkan ibu bapa yang sudah uzur untuk mengambil vaksin kerana boleh merisikokan mereka.

Dalam pada itu, Rita turut lantang menjelaskan bahawa tidak semestinya seseoang itu tidak mahu divaksin bermakna dia adalah anti vaksin kerana itu adalah hak masing-masing.

Seperti sudah disangka, kenyataan Rita itu tular di media sosial dan menerima kecaman hebat yang kurang senang dengan pendapatnya itu.

Kata netizen vaksin bukan hanya untuk bercuti semata-mata tetapi warga emas perlu divaksin kerana mereka berisiko tinggi jika dijangkiti Covid-19.

Tidak hanya berdiam diri, Rita menafikan tuduhan bahawa dia adalah antivaksin. Ujarnya, jika dia anti vaksin sudah pasti anak-anaknya tidak divaksin ketika kecil.

“Vaksin ni pun belum lagi kelulusan lagi dan masih under trial sampai 2023. Kalau aku antivaksin, tak ada aku pi cucuk vaksin anak-anak aku dulu dan aku pun di vaksin masa kecil.

“Tak payah gigih nak kumpul dosa kering. Banyak baca info dekat @ppim.offical. Ada ubat yang lebih baik yang dah terbukti dekat negara luar. Cuba banyak baca, jangan dok himpun orang ajak ngumpat,” tulisnya.