Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini memuat naik video kenangan sempena ulang tahun kelahiran anak pertamanya yang ke-12, Airit Rayyan Rizqin.
Menerusi video tersebut turut memaparkan gambar Rita bersama bekas suaminya, Aidil Zafuan serta beberapa keping gambar Rayyan bersama bapanya ketika masih kecil.
BACA: Anak Suka Mi Goreng, Rita Rudaini Teringat Bekas Suami
View this post on Instagram
Rita turut menitipkan ucapan syahdu dan cukup istimewa bahawa anaknya itu adalah cinta pertamanya sehingga ke syurga.
Dalam entri itu, Rita turut mendoakan Rayyan menjadi anak yang soleh, bertanggungjawab dan sentiasa mendoakan buat kedua ibu bapanya.
“Cinta pertama kami…permata pertama kami…syurga kami…sampai bila-bila. Doa mommy, semoga AIRIT RAYYAN RIZQIN menjadi anak yang baik akhlaknya,bertanggungjwb, anak yangg soleh yang selalu mendoakan mommy dan daddy di setiap sujudmu. Selamat Hari Lahir AIRIT RAYYAN RIZQIN,” tulisnya.
Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang sebak melihat kenangan manis Rayyan bersama bapanya walaupun sekejap. Malah, ramai mengagumi dengan semangat Rita yang tabah membesarkan anak-anaknya sendirian.
Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak. Namun bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.