Sekian lama menyembunyikan hubungan cinta, pelakon Nur Riteena akhirnya mengumumkan sudah pun mengikat tali pertunangan dengan pelakon Isa Khan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.

Namun, ada cerita tidak sedap didengar apabila ada pihak cuba memburuk-burukan dengan menuduh tunangnya seorang kaki perempuan. Bagaimanapun, Risteena lebih mengenali hati budi Isa dan yakin tunangnya bukanlah lelaki sedemikian.


BACA: Risteena Ikut Jejak Langkah Ruhainies Sorok Wajah Kekasih

“Sebelum ini, memang ada orang kata dia seorang yang ‘playboy’ tapi bagi saya, dia sebenarnya mencari orang yang sesuai dengan dia tapi tak jumpa.

“Walaupun ada orang kata dia macam-macam tetapi apabila saya sudah mengenali dirinya, dia bukan seperti yang didakwa,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Risteena berkata tunangnya itu benar-benar ikhlas mencintainya, jujur dan bukan seorang lelaki yang hanya ingin mengambil kesempatan.

“Saya ingatkan, saya tak akan jatuh cinta lagi tapi dia berjaya buat saya kembali percaya cinta. Dia jujur, ikhlas dan tiada niat nak mempermainkan saya.

“Mula -mula tak percaya tapi bila dia sendiri bertemu keluarga saya dan beritahu akan sayang dan jaga saya. Malah dia beritahu semua orang dia jumpa. Isa memang sangat baik dan bukan orang yang nak ambil kesempatan,” katanya.

Risteena berkata dia dan Isa mula berkenalan lebih rapat sejak lima bulan lalu sewaktu membintangi drama Bulan Di Kota Langit.