fbpx

Risteena Ikut Jejak Langkah Ruhainies Sorok Wajah Kekasih

Umum mengetahui, meskipun sudah hampir tiga tahun Ruhainies menjalin hubungan cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr E, namun sehingga kini pelakon itu belum bersedia untuk mendedahkan wajah kekasihnya kepada umum.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, nampaknya kakaknya juga iaitu pelakon Risteena Munim turut mengikut jejak langkah sama menutup wajah kekasihnya daripada dilihat oleh netizen.

BACA: Risteena Munim Tidak Sabar Lakon Watak Pelacur

Difahamkan sebelum ini Risteena pernah memaklumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihannya, Ikhwan Khairuddin pada November tahun ini selepas enam tahu bercinta.

https://www.instagram.com/p/B37ISgRpZ-X/?utm_source=ig_embed

Jika sebelum ini, Ruhainies dikecam selepas memuat naik video disuap kekasih di dalam kereta, kali ini Risteena dan kekasih juga turut mempamerkan aksi yang sama.

Bagaimanapun, perkongsian Risteen itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengatakan kedua adik beradik tersebut seolah ingin berlawan teman lelaki siapah yang lebih romantik.

Mungkin Risteena juga sama seperti Ruhainies bimbang kekasihnya dikebas orang, maklumlah zaman sekarang ramai kaki sondol. Kalau suami orang pun dikebas apatah lagi yang masih bujang. Apa pun diharap hubungan yang dibina sampai ke jinjang pelamin.