fbpx

Risteena Terharu Tunang Kerja Keras Untuk Halalkan Hubungan

Selepas mengumumkan pertunangan mereka, Risteena Munim dan Isa Khan semakin terbuka berkongsi kisah cinta mereka. Malah, Risteena menyifatkan dia wanita paling bertuah kerana dipertemukan dengan Isa Khan.

Baru-baru ini, Risteena berkongsikan perbualan mesej WhatsApp bersama Isa sebelum masing-masing melelapkan mata. Risteena tidak menyangka tunangnya itu sanggup bekerja kerana demi untuk membahagiakannya dan menghalalkan hubungan mereka.

BACA: Risteena Tak Malu Tayang Kebahagiaan Dengan Tunang

“Tak sangka dia bekerja keras sehingga tahap tidur 3-4 jam sahaja sehari. Alasannya untuk bahagiakan saya, untuk menghalalkan saya.

“Rezeki dia datang mencurah. Alhamdulillah. Saya happy tengok satu persatu yang dia capai sekarang. Katanya, saya semangat dan kekuatan dia. Kami kuat dan semangat bila kami bersama. Semoga dengan izin Allah, terus success hasil kerja keras awak sayang,” tulisnya.

Dalam pada itu, Risteena sentiasa mendoakan yang terbaik buat tunangnya serta berharap segala urusan Isa akan dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik.

“Ya Allah, jauhi  Isa Khan dari niat tidak baik manusia, permudahkan segala urusannya, beri kesihatan yang baik untuknya, kuatkan semangatnya, lindungi dia dimana pun dia berada, curahkan rezeki yang tidak disangka sangka, jadikan dia seorang yang berjaya dunia dan akhirat.

Terdahulu, pasangan itu mengumumkan sudah pun mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.