Risteena Tak Malu Tayang Kebahagiaan Dengan Tunang
Bukan mudah bergelar seorang selebriti, setiap tindak tanduk dan apa saja perkongsian pasti akan menjadi bualan netizen. Selepas mengumumkan pertunangan mereka, Risteena Munim dan Isa Khan semakin terbuka berkongsi kisah cinta mereka.
Malah, hampir setiap hari mereka akan memuat naik video mahupun foto bahagia mereka di media sosial. Menurut Risteena, tunangnya sudah berjanji akan sentiasa cuba membahagiakannya selagi terdaya.
BACA: Tunang Cucikan Kaki, Potong Kuku & Suap Risteena Makan
“Sejak kami kenal, saya nampak Isa sentiasa mahu membahagiakan serta menggembirakan saya. Dia lakukannya tanpa henti.
“Dia selalu cakap pada saya yang hidup ini singkat dan tak tahu bila akan mati, sebab itu setiap hari dia akan cuba bahagiakan saya. Isa takut kalau nanti dia sudah tiada di dunia ini, tak sempat nak tunjuk sayangnya pada saya,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Risteena berkata meskipun pelbagai cerita tak sedap didengar mengenai tunangnya, namun dia melihat Isa sentiasa perbaiki diri untuk menjadi insan leih baik.
“Asalkan kita tahu untuk berubah dan menjadi orang yang lebih baik. Saya selalu berpesan kepada Isa walau apa pun orang cakap pasal dia, buktikan pada mereka siapa dirinya sekarang.
“Dan Alhamdulillah dia menjadi seorang yang lebih baik sekarang ini. Ada orang yang buat salah tapi sampai mati pun tak nak berubah dan Isa bukan seperti itu,” katanya.
Terdahulu, pasangan itu mengumumkan sudah pun mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.
- SUMBER
- mStar Online
Pelik aku..sendiri ckp hidup singkat..tak tau bila mati…tp still buat benda mungkar.ntah apa la ko niiii
Kahwin ler cepat2 ko dua2 pun dah x laku. Kdg2 kita kena tau bila masa sesuai utk kita move on terutama bila makin suam2 Dan xde offer lg..
Tak malu rakam la video kasi viral cm jol ripin tu. Pastu bgtau tu deepfake kebahagiaan korg jek!
Halalkan dulu hubungan, then kongsi kebahagian. Lagi pun hidup ni singkat kan?
Ok. Points taken…”Risteena Tak Malu”
Wey, dasyatnya ko menyelam..kahkahkah.
Hasil didik mak bapak …anak anak perempuan Tak malu ….
Malunya jadi mak bapak
muntah aku baca kisah cinta adik beradik ni. attention seeker. dua2 sama2 naik. tgok jela kalau dah menikah nanti macamana. aku doakan kebahagiaan tu samalah mcm sebelum menikah.