fbpx

Risteena Takut Buat Swab Test Sampai Terketar-Ketar

Bakal melangsungkan penikahan dengan kekasih hati, Isa Khan pada Jumaat ini, pelakon Risteena Munim dilihat ada memuat naik video menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum mengadakan majlis.

Namun, video dikongsikan oleh pelakon itu menjadi perhatian ramai apabila melihat reaksi Risteena seolah dilihat menahan sakit apabila hidungnya dicucuk.

BACA: Risteena, Isa Khan Umum Nikah 12 Mac Ini

Menerusi entri itu, Risteena berkata dia sangat takut sehingga terketa-ketar apabila mendapat tahu perlu melakukan swab test sebelum majlis pernikahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)

“Bila dapat tahu, untuk akad nikah ni kena buat swab test dulu, terus terketar-ketar. Tapi tak dapat lari. Nak kawen kan, I did it!” tulisnya.

Bagaimanapun, selepas melakukan ujian tersebut Risteena akui tidaklah begitu sakit dan meluahkan rasa syukur disahkan negatif virus berkenaan.

Terdahulu, Risteena dan Isa Khan mengumumkan bakal bernikah Jumaat ini. Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.