fbpx

Risteena, Isa Khan Umum Nikah 12 Mac Ini

Teka-teki mengenai majlis perkahwinan pelakon Risteena Munim dan Isa Khan akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengumumkan bakal bernikah pada Jumaat depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Isa dan Risteena menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi dimana mereka memilih tanggal 12 Mac 2021 sebagai hari bersejarah diijabkabulkan sebagai suami isteri.

BACA: Risteena Terharu Isa Khan Sanggup Teman Berjam-Jam Buat Rambut

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ™ ???? ??? (@theisakhan)

Menerusi perkongsian itu, mereka turut meminta peminat dan netizen mendoakan agar niat baik mereka itu dipermudahkan.

Lebih manis, Isa juga memberitahu dia turut mencipta sebuah lagu khas untuk bakal suri hatinya berjudul ‘Karunia Terhebat’ sebagai tanda cinta mereka.

Berita gembira yang dikongsikan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur apabila hari indah mereka hampir tiba serta mendoakan agar urusan dan perjalanan majlis dipermudahkan.

Isa dan Risteena telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.