fbpx

Risteena Rindu Nak Makan Bersuap Dengan Isa Khan

Jika sebelum ini Risteena melakukan sesuatu yang istimewa masakkan untuk Isa Khan dan mengirimnya menggunakan perkhidmatan Grab, baru-baru ini pelakon itu meluahkan rasa kerinduan terhadap tunangnya untuk makan bersama.

Menerusi perkongsian di Instagram, Risteena berkata dia lagi berselera untuk makan seandainya ada yang sudi menyuapnya makan. Risteena turut memuat naik foto mesranya disuap Isa ketika menjamu selera bersama-sama.

BACA: Risteena Masakkan Untuk Tunang, Kirim Guna Grab

Pasangan sering menjadi tumpuan ramai dengan aksi romantis mereka antaranya memotong kuku dan dicucikan kaki. Malah, sebelum ini Risteena menyifatkan dia wanita paling bertuah kerana dipertemukan dengan Isa Khan.

Terdahulu, pasangan itu mengumumkan sudah pun mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia selepas lima bulan saling mengenali antara satu sama lain.