fbpx

Risteena Masakkan Untuk Tunang, Kirim Guna Grab

Meskipun tidak dapat berjumpa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, namun pelakon Nur Risteena tidak melepaskan peluang untuk melakukan sesuatu yang istimewa dan romantis buat tunangnya, Isa Khan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Risteena mendedahkan Isa meminta untuk merasai masakan air tangannya. Tidak mahu menghampakan permintaan tunang tersayang, Risteena menunaikan permintaan Isa dan mengirimnya menggunakan perkhidmatan Grab.

BACA: Isa Khan Tak Benarkan Sesiapa Sakitkan Hati Risteena

Risteena berkata awal pagi lagi dia ke pasar dan terus masak untuk tunangnya sebaik sahaja pulang ke rumah. Teruja masakannya mendapat pujian daripada tunangannya itu, Risteena merancang untuk memasak lagi buat tunang tersayang.

Terdahulu, pasangan itu mengumumkan sudah pun mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia selepas lima bulan saling mengenali antara satu sama lain.