fbpx

Risteena Gembira Isa Khan Hadiahkan Audi Berharga RM339,000

Menerima hadiah kereta mewah jenama Audi sempena ulang tahun percintaan mereka yang pertama, pelakon Risteena mengakui tidak sangka menerima hadiah istimewa itu daripada tunang tersayang, Isa Khan.

Menurut Risteena dia tidak tahu menahu mengenai kejutan yang dirancang oleh Isa itu. Risteena berkata dia tidak pernah terlintas untuk mendapat hadiah kereta dan bangga dengan kejayaan dikecapi oleh Isa.

BACA: Isa Khan Kumpul Duit 6 Bulan Hadiahkan Audi Buat Risteena

“Saya sangat gembira dan bangga dapat melihat satu persatu kejayaan yang Isa capai sekarang.

“Memang tak terlintas langsung Isa hadiahkan sebuah kereta. Terfikir dalam kotak itu benda lain, tapi bukanlah cincin pun,” katanya kepada Astro Gempak.

Jelas Risteena dia juga berasa sangat beruntung kerana memiliki pasangan yang rajin berusaha untuk membahagiakannya dan mendapatkan apa yang dihajati. Malah, Risteena sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan Isa.

“Saya beruntung ada pasangan seperti Isa yang selalu berusaha untuk membahagiakan saya.

“Pasangan lain ada cara mereka sendiri. Masing-masing punya cara. Tapi saya bersyukur berjumpa dengan seorang lelaki seperti Isa,” tambahnya.

Terdahulu, menerusi Instagram Isa menghadiahkan kereta jenis Audi kepada Risteena sempena ulang tahun perkenalan mereka yang pertama. Lebih bermakna, kereta tersebut didatangkan dengan nombor pendaftaran istimewa ‘US I54’.