fbpx

Risteena Nafi Bulan Madu Di Sabah, Tapi Ada Urusan Kerja

Hari ini hangat diperkatakan pasangan selebriti Risteena dan Isa Khan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga didakwa merentas negeri untuk menikmati percutian bulan madu di Sabah.

Menafikan dakwaan tersebut, Risteena menjelaskan dia ke Sabah atas urusan kerja serta mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.

BACA: Netizen Persoal Risteena, Isa Khan Rentas Negeri Berbulan Madu Di Sabah

“Kami di Sabah atas urusan kerja dan telah dapatkan surat merentas untuk tujuan kerja. Saya yakin pihak polis lebih arif,” katanya.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Instagram, Risteena berkata dia tidak perlu berkongsi urusan kerja di media sosial untuk memuaskan hati semua pihak.

“Saya fikir tak perlu post tentang kerja di Instagram saya hanya untuk puaskan hati semua orang. Saya hanya share apa yang saya nak share saja. Harap semua tidak membuat spekulasi yang tidak betul,” ujarnya.