fbpx

Netizen Persoal Risteena, Isa Khan Rentas Negeri Berbulan Madu Di Sabah

Kecoh mengenai instafamous memberi keterangan paslu berhubung alasan mendapatkan surat kebenaran merentas negeri, terbaru hangat diperkatakan mengenai kisah bulan madu Risteena dan Isa Khan pula.

Pasangan pengantin baru itu dipercayai sedang menikmati bulan madu di Semporna, Sabah. Malah, sejak beberapa hari ini Risteena dan Isa juga ada berkongsikan foto dan video di Instagram masing-masing.

BACA: “Risteena Wanita Hebat, Cinta Diberikan Pada Saya Sangat Luar Biasa”

Seperti sudah dijangka, tindakan pasangan itu mengundang kecaman netizen yang mempersoalkan bagaimana mereka boleh ke Sabah sedangkan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Malah, netizen turut menegur pasangan itu yang dilihat melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meminta penjelasann daripada pasangan itu apabila dengan mudahnya boleh merentas negeri sedangkan kerajaan amsih tidak membenarkan aktiviti rentas negeri.