fbpx

Isa Khan Tak Benarkan Sesiapa Sakitkan Hati Risteena

Selepas mengumumkan pertunangan mereka, Risteena Munim dan Isa Khan semakin terbuka berkongsi kisah cinta mereka. Malah, pasangan ini juga dilihat tidak kekok mendedahkan momen manis mereka kepada umum.

Baru-baru ini, Isa Khan ada memuat naik satu rakaman video memaparkan betapa utuhnya cinta mereka apabila Risteena mengajukan soalan kepada tunangnya jika ada sesiapa yang menyakiti hatinya.

BACA: Kongsi Video Aksi Berdukung, Risteena & Tunang Tak Peduli

https://www.instagram.com/tv/B8L1ETZpBHZ/?utm_source=ig_embed

Isa menyifatkan soalan itu sangat ‘dasyat’ dan memberitahu jika ada sesiapa yang menyakiti hati Risteena, orang itu perlu berhadapan dengannya. Katanya lagi, dia tidak akan sesekali benarkan hati tunangnya itu dilukai.

“Siapa sakitkan hati awak, kena berhadapan dengan saya. Saya tak akan benarkan siapa-siapa sakiti hati awak,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu mengumumkan sudah pun mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.