fbpx

Isa Khan Terima Empat Kali Kejutan Hari Lahir Dari Risteena

Sempena sambutan hari lahirnya yang ke-27 pada Julai lalu, pelakon Isa Khan mendedahkan dia menerima empat kali kejutan sambutan hari jadi dari tunangnya, pelakon Risteena Munim.

Kagum dengan kegigihan Risteena, Isa berkata tunangnya itu merancang untuk meraikan hari istimewa itu selama empat hari berturut-turut. Malah, Risteena turut menyewa satu panggung wayang untuk hari lahirnya.

BACA: Sentiasa Memaafkan Rahsia Risteena Kekal Bahagia

“Risteena buat kejutan untuk hari lahir saya sebanyak empat kali. Kalah hadiah kereta Audi yang saya belikan dekat dia. Kejutan pertama dia bawa saya pergi Banjaran Spring Hotspring. Itu sehari sebelum dia bawa saya dan keluarga menaiki kapal layar di Royal Selangor.

“Yang ketiga dia bawa saya pergi makan malam di Bayan Tree Hotel. Keesokkan harinya, dia ajak saya pergi The Curve untuk tengok wayang.

“Bila saya masuk, dekat skrin pawagam tu tayang video-video kami yang telah digabung. Penonton yang ada dalam tu rupanya ahli keluarga kami. Risteena sewa satu panggung wayang.

“Saya dah tertanya-tanya Risteena tak rasa penat ke? Saya pun dah penat sebab empat hari berturut-turut,” katanya kepda Astro Gempak.

Dalam pada itu, Isa berkata dia tidak pernah menyambut hari lahirnya sejak tahun 2006. Malah, sejak pemergian ayahnya dia menggantikan sambutan hari lahirnya itu dengan majlis tahlil.

“Sejak tahun 2006 saya tak pernah sambut. Arwah ayah meninggal dunia masa hari lahir saya. Saya pernah cakap pasal ini dekat Risteena. Tapi tahun ini dia nak juga sambut, saya tak sangka pulak sehebat macam ni.

“Sebelum ini saya akan buat majlis tahlil pada haritu. Tahun ini pun saya tetap melakukan rutin yang sama,” katanya.