Risau Tak Dapat Sambut Hari Jadi Anak, Elfira Loy Dikecam
Disaat ramai yang tertekan apabila terjejas pendapatan susulan pandemik Covid-19, namun lain pula difikirkan oleh pelakon Elfira Loy yang lebih memikirkan sambutan hari lahirnya anaknya, Rayyan.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Elfira berkongsikan Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit yang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
BACA: Elfira Loy Dah Lemas Duduk Rumah
Memikirkan mengenai sambutan hari lahir anaknya pada Oktober depan mungkin terpaksa dibatalkan berikutan aktiviti keramaian tidak dibenarkan.
“Sampai Disember? Dead (matilah). Okey, tiada sambutan hari lahir untuk Rayyan. Batal semuanya,” tulisnya.
Perkongsian Elfira itu mendapat pelbagai reaksi netizen di Twitter yang mengecam pelakon itu yang disifatkan tidak prihatin dengan situasi semasa apatah lagi ketika ini ramai yang tiada sumber pendapatan.
“Orang lain risau tiada sumber pendapatan, tiada duit nak makan minum nak teruskan kehidupan. Dia risau tak boleh sambut hari ulang tahun anak. Oh, jadi artis seperti Elfira Loy, artis T20 tak laku dia mungkin fikir dunia ini tentang dirinya sahaja,” tulis seorang netizen.
Dalam pada itu, Eflira turut dikecam apabila mempersoalkan tentang protes #Lawan di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu.
Elfira berkata individu yang menyertai protes seolah dibenarkan merentas daerah atau negeri. Malah, Elfira turut memberi komen sindiran mungkin semua yang terlibat datang dari kawasan tersebut.
- SUMBER
- Kosmo!
Ala biasala tu. Dia just update mcm tu je. Netizen pun lahai melebih. Mcm kite la org biasa plan itu ini just discuss je. Jadi ke tak lain hal.
El kalau bercakap mmg mcm budak2. Wlpn mak orang tp PEMIKIRAN tak serupa mak budak
nak kerajaan jaga rakyat. kerajaan nak jaga, suro duk rumah jaga kesihatan diri, retis sibuk kecam nk celebrate, nak holiday nak party. pastu covid meningkat, kecam kerajaan kenapa itu kenapa ini. sbb tu org ingat senang nak jadi kerajaan nak puaskan rakyat yg sememangnya susah nak dipuaskan.bukan ke dia dulu ni nangis anak kena buat swab test? ke retis lain. nak party gi lah. anak kena swab test lagi jgn memekak salahkan org
ARTIS DAN KEBODOHAN BERPISAH TIADA
Sabar ler budak2 ingat ke bday? Atau mak bapak yg over nk flex majlis kat socmed?
Bodoh…macam la anak dia tu apa benda bday tu!! Mcm la ank dia nangis 7 Hari 7 mlm sbb nak bday!!!!!
Stupid never finish
Hiduplah dengan bersederhana. Pelajari hikmah disebalik semua ujian ni. Kasihan kat anak2 yg kehilangan parents sbb covid19. Saling hormat menghormati, awak artis so semua benda orang nampak. Ada yang bersedih dgn apa yg kita pamerkan di socmed.