fbpx

Elfira Loy Dah Lemas Duduk Rumah

Umum mengetahui minggu lalu kerajaan mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 28 Jun ini.

Perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat termasuklah pelakon Elfira Loy yang meluahkan rasa lemas kerana asyik duduk di rumah.

BACA: Elfira Loy Nekad Ambil Vaksin AstraZeneca Demi Anak Walaupun Takut Jarum

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Elfira berkata setiap hari dia melakukan perkara dan rutin yang sama sehingga tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukannya.

“Sejujurnya, saya sudah mula rasa lemas duduk rumah, seperti dalam filem Walking Dead. Bangun, buat benda sama dan tidur. Saya sudah tidak tahu mahu buat apa lagi,” tulisnya.

Perkongsian Elfira itu turut dipersetujui pengikutnya namun mereka perlu duduk di rumah untuk keselamatan lebih-lebih lagi kes masih lagi tinggi.