Risau Keadaan Frontliners, Ustaz Ebit Lew Terbangkan Bantuan Medikal Ke Sabah
Sejak penularan COVID-19 di Malaysia sejak awal tahun, pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew tidak berhenti-henti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.
Bimbang dengan keadaan petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus di Sabah untuk memutuskan rangkaian COVID-19 disana, Ustaz Ebit tampil menghulurkan peralatan medikal untuk frontliners di sana.
BACA: Ustaz Ebit Lew Sewa Bas Hantar Pelajar Terkandas Balik Kampung
Menerusi perkongsian di Facebook itu, Ustaz Ebit menggunakan pesawat kargo untuk menghantar bantuan set PPE, Face Sheild, pelitup muka, pelindung kasut untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan petugas kesihatan di Sabah.
Ustaz Ebit memaklumkan kesemua peralatan tersebut diterbangkan pagi tadi selepas menerima banyak mesej yang meminta bantuan berkenaan.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Sabah yang kini sedang diuji dengan catatan kes yang sangat membimbangkan.
Ooo ni rupenye Raya Airways.. Penah nampak kat Subang Airport.. Thorbaekkkk Ustaz Ebit Lew.. Manthoppp!!!
mana retis2 kaya raya jutawan tu tak bantu ke
aku rasa yang derma2 semua ni mesti ada jutawan2 yang murah hati suruh ebit handle..depa bagi duit je.kalau fikir logik xkn setiap derma ebit ni dalam kuantiti yang besar kot.
Bagus nye ebit lew. Org derma kat dia x sia2 digunakan berkongsi faedah dgn sekelian rakyat marhaen. X berhenti2 dia buat aktiviti menolong org awam dan frontliners. Love sgt
ust ebit ni dia ada buka tabung pd siapa yg nk menyumbang. rm5 pun dia tak pertikai. yg bagus tu dia tak pernah ckp duit tu duit dia dan dia mmg rajin update duit tu pergi mn. jd org pun yakin nk menderma.
Patut ustaz ni dapat anugerah semlm…. entah apa la diorg fikir…..
Mana retis2 kaya yg ada duit kepuk2 hasil cosmetic timbang kilo?!!! Hasil cuci duit haram!!! Konon2 ada 2 3 keta mahal weii!!!