fbpx

Diserang Panic Attack, Caprice Dibawa Ke Hospital Di Jordan

Menerusi satu perkongsian di Instagram, penyanyi rap Caprice memaklumkan dia dimasukkan ke hospital dipercayai di Mesir selepas mengalami demam dan panic attack.

Dalam entri tersebut, Caprice memberitahu dia mengalami demam dan panic attact selepas menerima suntikan dos kedua vaksin serta sedang menerima bantuan oksigen.

BACA: Luah Rasa Tak Selamat, Caprice Takut Nak Balik Malaysia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Kata Caprice lagi, dia memaklumkan dirinya dalam keadaan baik sahaja dan akan kembali meneruskan misi dalam beberapa hari lagi selepas sembuh.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Caprice turut memuat naik video memaparkan lengannya dimasukkan air serta kesan pengambilan darah.

Perkongsian Caprice itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan penyanyi rap itu cepat sembuh apatah lagi berada di negara orang.