fbpx

Rima Melati Selesa Hidup Di Indonesia, Merancang Timang Anak Tahun Ini

Isteri kepada penyanyi Indonesia yang berasal dari Singapura dan pernah menetap di Malaysia, Rima Melati Adams menyatakan hasrat untuk mempunyai anak bersama suaminya, Marcel Siahaan.

Beliau yang ditemui di Anugerah Bella semalam turut memberitahu sudah empat tahun tidak pulang ke Malaysia dan disebabkan peluang suaminya membuat persembahan di sini Rima sempat bertemu keluarganya yang menetap di Nilai dan Sri Kembangan.

Tatkala ditanyakan mengenai kehidupan beliau di sana bersama Marcel yang beragama Buddha itu memberitahu bahawa kehidupan sekarang sangat baik dan sedang berusaha untuk memiliki anak bersama.

Pasangan yang bernikah pada 28 Januari 2009 itu nyata gembira walaupun perbezaan agama beliau dan suami masih mampu mengemudi keluarga tanpa sebarang masalah.

Menurut Rima Melati, dia kini sudah sepenuhnya bersara dari bidang lakonan dan hanya menumpukan kepada keluarga dan juga accutane for sale perniagaan begnya sahaja.

Turut menambah, Rima memberitahu dia kini mempunyai kedai beg sendiri yang menjual beg rekaan sendiri.

“Saya ada juga menerima tawaran berlakon di sini dan juga Indonesia namun disebabkan komitmen yang saya ada sekarang bersama Marcel saya merasakan sudah sampai masanya saya berhenti dan tumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan bilangan anak yang bakal bertambah”

“Saya mengambil keputusan untuk berhenti berlakon selepas memikirkan suami dan juga anak kami”

Rima Melati yang ditemui jelas memperlihatkan keselesaan beliau di dalam bertutur bahasa Indonesia.

Terdahulu, pasangan ini masing-masing pernah berkahwin dan memiliki seorang anak dimana Marcel pernah berkahwin dengan penulis terkenal, Dewi Lestari dan Rima Melati pernah bernikah dengan Davin James Cook dan memiliki seorang, Edga yang kini berusia 4 tahun.