fbpx

Bertunang Dengan Doktor Kacak, Joy Revfa Risau Ramai Wanita Nak Goda

Lama tak dengar cerita mengenai usahawan Joy Revfa. Terbaru, Joy dikhabarkan sudah pun bertunang dengan seorang jejaka bergelar doktor, Dr Adrian Yeah.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Memetik mStar Online, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah mendedahkan tunangnya itu sering menerima gangguan daripada wanita tidak dikenali.

BACA: Joy Revfa Minta Da’i Syed Carikan Jodoh Untuk Dirinya

Menurut Joy lagi, ada yang bertindak berani menghantar gambar separuh bogel untuk menggoda tunangnya itu.

“Adrian selalu beritahu ada perempuan cuba untuk ganggu dia. Sampai ada yang beri video separuh bogel bertujuan nak goda.

“Memang ramai perempuan murahan di luar sana, saya sering pesan pada Adrian untuk tidak melayan dan memberi respon,” katanya.

Berkongsikan mengenai hubungannya dengan Adrian, Joy berkata dia dilamar oleh jejaka itu pada Jun lalu dan bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun depan.

“Kami bertunang secara tak rasmi sewaktu birthday saya pada 24 Jun lalu. Dia tiba-tiba melamar dan memberikan cincin.

“Jadi kami merancang untuk mengadakan majlis pertunangan sebulan sebelum akad nikah pada Januari tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, memiliki wajah yang tampan, Joy mengakui bimbang apatah lagi tunangnya itu sering bertemu dengan ramai pesakit wanita namun mereka bersama-sama menjaga hubungan sebaik mungkin. 

“Saya tak nafikan risau juga sebab dia pun seorang doktor yang selalu jumpa pesakit. Kami sama-sama risau dan cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan ini sebaik mungkin,” katanya.