fbpx

Bolehkah Nana Temui Jejaka Idamannya & Kahwin Selepas Raya Nanti?

Siapa Nana anda tanya? Haruslah kami sedang bercakap tentang drama hujung minggu Raya Ni Mesti Kahwin yang sedang hangat diperkatakan ramai ketika ini. Nana adalah watak utama drama ini yang dijayakan oleh Nina Iskandar.

Dalam drama yang ditayangkan setiap Sabtu & Ahad jam 9.30 malam ini, Nana dalam misi untuk mencari jejaka idamannya supaya beliau boleh berkahwin selepas sambutan Aidilfitri.

bijan 0315_1 copy

Kenapa tiba tiba Nana mahu berkahwin? Kerana dua orang teman serumahnya kini sudah pun bertunang dan hanya menunggu masa menjalani mahligai bahagia bersama lelaki pilihan masing masing. Tekanan rakan sebaya namanya. Heh.

Ketika ini menjadi satu dilema pula buat Nana apabila dua lelaki yang sama sama mempunyai ciri ciri suami idamannya muncul dalam hidup & sedikit menyukarkan beliau untuk membuat pilihan. Pelbagai cabaran jugalah perlu dilalui gadis ini untuk melihat lebih dekat siapakah antara dua jejaka ini yang lebih ikhlas untuk memperisterikan dirinya.

10488144_10152925969364409_9009392206291035254_n

Apa kesudahan impian Nana untuk berkahwin selepas Raya? Anda wajiblah menonton episod terakhir drama Raya Ni Mesti Kahwin di TV3 untuk mengetahui adakah Nana dapat mencari lelaki idaman dia dan berkahwin denganya atau sebaliknya. Sungguh suspens, kan?

Dan, berita gembira untuk anda yang meminati drama ini dan bercita cita pula untuk menemui semua pelakon utamanya iaitu Nina Iskandar, Amar Asyraf dan Azlee Khairi — Watsons mahu memberikan anda peluang itu.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu berbelanja RM80 ke atas dari jenama yang mengambil bahagain di mana-mana rangkaian Watsons dan jadi 1,000 orang pertama untuk bertemu dengan pelakon-pelakon utama termasuk Nana (Nina Iskandar), Luqman / Haziq (Amar Asyraf) dan Hisham (Azlee Khairi) dari drama Raya Ini Mesti Kahwin di tiga lokasi rangkaian Watsons terpilih. Selain itu semasa sesi bertemu mereka juga, tiga pemenang bertuah di setiap stor akan memenangi baucar bernilai RM200 untuk membeli-belah dengan bintang drama ini. Siapa tidak mahu ‘kan? Dapatkan kemaskini dari Facebook rasmi Watsons Malaysia untuk butiran lanjut.

Facebook Watsons Malaysia

Tidak lupa, Raya semakin dekat dan sudahkah anda bersiap sedia untuk beraya? Senarai untuk anda – pastikan kelihatan cantik dengan baju baru, dan penting sekali jangan lupa kulit hendaklah sentiasa ceria dan berseri sebab akan banyak bertemu sanak saudara dan kawan. Seperti kami, yang cukup sibuk dengan kerja dan persiapan, untuk dapatkan makeover yang menawan dan cepat, saya ikuti tip-tip kecantikkan dan personal care yang digunakan oleh watak-watak drama. Kan mereka sentiasa nampak cantik dan best di mana-mana?

Jangan lupa #watsonssiapanakkahwin dengan gambar pasangan anda di Instagram dan menangi pakej penginapan dan kecantikkan untuk anda berdua.

Apa lagi, hujung minggu ini jangan lupa saksikan drama Raya Ni mesti Kahwin, jam 9.30 malam di TV3 dan mula berbelanja untuk persiapan raya anda di Watsons sambil berpeluang untuk memenangi baucer RM200 dan sekali lagi berbelanja untuk raya, bersama pelakon kesayangan anda. Jom!