fbpx

Rihanna Lancarkan ‘You Da One’ Dari Album Terbaru Talk That Talk

Belum pun album penuh berada di’pasaran, single nyanyian Rihanna sudah mendapat tempat di’hati peminat & carta muzik.

Selepas single pertama berjudul We Found Love menjadi lagu teratas dalam carta Billboard Hot 100, Rihanna tidak menunggu lama untuk melancarkan gelombang kedua.

Rihanna memilih You Da One sebagai senjata kedua untuk memastikan nama beliau sentiasa relevan dalam dunia muzik yang semakin bising dengan pelbagai pilihan hari ini.

Lagu You Da One ini merupakan lagu pop kebiasaan Rihanna namun mempunyai sentuhan muzik asli ala kepulauan yang memang di’gemari Rihanna sendiri. Di’tulis & di’terbitkan oleh Ester Dean, Dr. Luke, Rihanna dan John Hill.

Menariknya, ada bahagian vokal untuk lagu ini di’rakamkan di bilik bernombor 538, Hotel Sofitel Paris Le Faubourg ketika Rihanna mengadakan konsert jelajah beliau di kota Paris.

Dengarkan single terbaru Rihanna berjudul You Da One secara eksklusif di Facebook rasmi beliau. Jika rajin, boleh cari di Youtube — sudah merata rata.