fbpx

Rihana Oksana Bandingkan Wajah Anak Dengan Sultan Kelantan

Tahun 2019 hangat diperkatakan netizen mengenai bekas Ratu Rusia, Rihana Oksana dan anak lelakinya, Ismail Leon. Malah, hubungannya dengan Sultan Kelantan, masih menjadi tanda tanya, namun Leon sering disebut menjadi pewaris takhta.

Baru-baru ini, Oksana ada memuat naik gambar anak sulungnya di Insta Story dengan membandingkan wajah Ismail Leon itu bersama beberapa wajah kerabat diraja termasuk Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

BACA: Rihana Oksana Dedah Leon Tak Selamat Duduk Di Malaysia

Malah, Oksana turut membuat perbandingan wajah anak lelakinya itu dengan dengan kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan bekas Raja Permaisuri, Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid.

Oksana juga memuat naik foto perbandingan wajah Ismail Lekon dengan wajah Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V, turut diletakkan kapsyen ‘Like grandpa’.

Oktober 2019, Oksana memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan, selepas menuntut elaun bulanan sebanyak RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta.

Ia selepas peguam Sultan Muhammad V menolak dakwaan Oksana bahawa beliau merupakan bapa kepada Leon. Dalam pada itu, Oksana menegaskan Leon merupakan anak hasil perkahwinan mereka dan mendakwa wajah anaknya seiras Sultan Muhammad V.