Pelakon Riena Diana berkata dia bersedia menjayakan babak ranjang jika diminta berbuat demikian untuk memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pelakon.
Memetik Kosmo, Riena yang terkenal dengan watak Lailer itu berkata babak yang dimaksudkan itu bukan sekadar modal untuk menarik penonton tetapi perlu menjadi penguat plot sesebuah naskah.
BACA: Riena Diana Kata Dari Dulu Dah Seksi, Kalau Tak Selesa Boleh Unfollow
“Sebenarnya saya tidak kisah terbabit dalam babak intim atau ranjang, sebab empat tahun dulu pernah laksanakan adegan sama dalam sebuah drama.
“Cuma ketika itu kisahnya lebih kepada komedi dan bukan zaman viral. Jadi babak saya didukung Aidil Aziz dan dicampak ke katil tak jadi buah mulut orang ketika itu.
“Untuk buat lagi babak seperti itu atau intim era sekarang saya masih boleh, tetapi kena tengok juga keperluan dalam menguatkan sesebuah naskhah,” katanya.
Dalam pada itu, Riena meluahkan rasa syukur namanya dikenali ramai menerusi drama Kampung People namun dia mahu menunjukkan kemampuan diri membawa watak serius.
“Sememangnya saya bersyukur meraih perhatian ramai menerusi Kampung People yang turut diikuti ramai penggemar tegar.
“Cuma pada masa sama ada produser dan pengarah yang tidak percaya saya boleh pegang watak serius. Jadi saya kena tunjuk kemampuan diri,” katanya.