fbpx

Riena Diana Kata Dari Dulu Dah Seksi, Kalau Tak Selesa Boleh Unfollow

Baru-baru ini, perkongsian foto pelakon Riena Diana menjadi perhatian apabila ramai yang terkejut dengan penampilannya yang dikatakan menjolok mata.

Memetik mStar Online, Riena menafikan perubahan tersebut disebabkan hubungan cinta terlerai dengan bekas kekasihnya Nik Afiq.

BACA: “Perempuan Selalu Dipersalahkan, Lelaki Gatal Pula Bagaimana?” – Riena Diana

Menurut Riena, dia sememangnya seksi sejak dulu lagi namun tidak terlalu berkongsikan foto atau gaya pemakaiannya di media sosial.

“Tiada kena mengena dengan kisah cinta, saya yang pilih untuk tidak berkongsi kerana jarang tunjuk kehidupan peribadi dan pemakaian saya kepada pengikut mungkin disebabkan itu orang terkejut tengok saya pakai macam itu.

“Sebelum ini bantai sahaja, baju lebih seksi pun pernah saya pakai cuma saya tak kongsi di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Riena berkata dia menerima dengan hati terbuka kecaman dilemparkan netizen terhadapnya serta turut meminta kepada netizen berhenti mengikutinya di media sosial jika tidak selesa dengan cara pemakaiannya itu.

“Saya tak marah orang yang kecam saya… saya terima dengan hati terbuka. Kalau orang tegur, maknanya orang sayang pada diri saya.

“Pada orang yang tak selesa dengan cara saya berpakaian dan apa saya kongsi di media sosial… saya alu-alukan untuk unfollow saya. Saya bersyukur masih ada lagi orang bercakap fasal saya dan saya boleh hadap kecaman ini,” katanya.

Sementara itu, Riena berkata dia mahu menjadi diri sendiri dan keluarganya juga tidak mempunyai masalah dengan penampilannya itu.