Ridhuan Tee Bengang Ustaz Segera Sengaja Cipta Kontroversi
Sejak kebelakangan ini semakin banyak pula kontroversi melibatkan rumah tangga pendakwah selebriti. Baru saja reda isu mengenai Da’i Nik Farhan, timbul lagi kisah seorang lagi pendakwah selebriti yang didakwa berlaku curang.
Kontroversi itu memberikan tanggapan negatif pada golongan pendakwah, malah turut dilabel penunggang agama. Bengang dengan apa yang berlaku, penceramah bebas Mohd Ridhuan Tee Abdullah menasihati pendakwah selebriti supaya menjaga adab.
BACA: “Kalau Dah Gatal, Tak Payah Guna Alasan Jumpa Depan Kaabah”
Ridhuan turut meminta pendakwah program realiti menjaga perbuatan mereka agar tidak mencemarkan imej Islam. Ujarnya lagi, golongan ini sepatutnya sedar mengenai peranan mereka untuk mendidik masyarakat dan bukan hanyut dengan dunia glamor.
“Kalau betul-betul kita boleh lahirkan ustaz segera dan dia menjadi (berwibawa), dia memang boleh jadi ikutan dan membentuk penonton. Tapi yang menjadi masalahnya apabila mereka diketengahkan dia tidak dapat jaga diri. Saya pantang ada ustaz segera cemarkan imej Islam.
“Sesetengah pendakwah tenggelam dalam dunia glamor malah terlibat dalam kontroversi sehingga merosakkan institusi agama sedangkan mereka pembawa imej seorang pendakwah.
“Sebagai ustaz anda kena jaga penampilan, jangan cerai isteri ketika mengandung. Kalau nak cerai sangat buat diam-diam, jangan hebohkan,” katanya.
Terdahulu, Ridhuan Tee ada memuat naik kenyataan memberi teguran kepada teguran kepada golongan pendakwah susulan kontroversi berlaku yang disifatkan boleh merosakkan imej Islam.
Katanya lagi, tiada masalah untuk berkahwin lebih daripada satu tetapi kahwinlah baik-baik dan jangan lakukan perkara pelik seperti orang jahil.
- SUMBER
- mStar Online
Betul sgt kata ustaz ridzuan. Jgn jadi ustaz sbb dah tau wanita suka lelaki beragama kononnya mampu bimbing isteri dan keruaga dan jd imam bagai..tapi bila nk poligami x reti jaga hak2 isteri dan anak2 . Fikirkan masa depan masyarakat yg kita bina dgn jntn2 x guna yg x reti mendidik keluarga. Kesian dgn anak2 ibu yg di tinggal ni.
Sbb tu fitnah akhir zmn yg paling bahaya bkn laa si penyembah setan dan ahli maksiat yg kita tau perangai mrk. Tp adalah org2 yg menggunakan agama utk kepentingan dirinya dan memperdaya org2 kelilingnya.
Org beriman ni selain perlu ada tinggi nilai akhlaknya juga dia perlu ada tinggi nilai malunya! Tp bila sorg ngaku Ustaz atau dai x rasa malu dan dgn akhlak berlagaknya dia ceraikan isteri kerana ada ramai wanita tergila2 pd dia dah tentu something wrong dgn iman agamawan mcm ni!
Bukan org lain yg burukkan imej islam.. Orang islam jga.. Jgn harap org nama baik islam kalau penganutnya tunjukkan contoh yg sebaliknya..
Macam mana nak menonjolkan kesucian islam tu kalau yg bt perangai tu dtgnya dr golongan yg kononnya tggi ilmu agama. Dorang yg beria memperkenalkan islam, dorang jga yg memburukkannye.
Terlalu ramai penunggang agama sekarang ni