fbpx

“Kalau Dah Gatal, Tak Payah Guna Alasan Jumpa Depan Kaabah”

Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai Da’i Nik Farhan yang mengumumkan sudah berkahwin dengan seorang janda anak lapan dan mengatakan tiada kekuatan untuk menolak calon ke 19 itu kerana ketika itu berada di Mekah.

Perkara itu turut mendapat perhatian penceramah bebas Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang tampil memberikan teguran kepada golongan pendakwah susulan isu tersebut yang disifatkan boleh merosakkan imej Islam.

BACA: Rakan Baik Bekas Isteri Saman Da’i Farhan

Malah, Ridhuan Tee turut menasihati pendakwah yang lahir daripada program realiti supaya menjaga perangai dan sepatutnya memberikan contoh yang baik kerana setiap perkara buruk yang dilakukan pasti akan dipandang orang ramai.

Kata Ridhuan Tee lagi, tiada masalah untuk berkahwin lebih daripada satu tetapi kahwinlah baik-baik dan jangan lakukan perkara pelik seperti orang jahil.

 

Seolah memerli Da’i Farhan yang berjumpa isteri barunya di depan Kaabah dan mengatakan ianya sudah ketentuan Allah, Ridhuan Tee berkata adalah lebih baik jika berterus terang daripada memberikan pelbagai alasan.

Dalam pada itu, Ridhuan Tee berpesan kepada pendakwah yang lahir daripada program realiti TV bukan untuk menonjolkan diri atau meraih populariti semata-mata tetapi ianya adalah amanah.

Terdahulu, Dai Farhan mengakui sudah pun menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp. Farhan berkata dia sudah membuat solat istiharah selama seminggu sebelum membuat keputusan untuk menjatuhkan talak ke atas isterinya.