fbpx

Ricky Gervais Terima Tawaran Untuk Golden Globes 2012 & Oscar?

Januari lalu, Ricky Gervais di’jemput untuk menjadi pengacara utama majlis anugerah Golden Globes buat kali yang kedua selepas pelawak ini berjaya pada percubaan pertama sekitar 2010.

Dan, monolog pembukaan Ricky Gervais (video di’bawah) menjadi buah mulut para media & selebriti selama berbulan lamanya kerana ucapan beliau yang pedas & tidak agak agak menghentam selebriti Hollywood.

Menurut laporan Guardian hari ini, Ricky Gervais telah menerima tawaran lisan untuk mengacara Golden Globes 2012 & buat kali ketiga. Ricky Gervais masih belum memberi kata putus.

Bukan kerana tidak berminat, tetapi pelawak ini ragu tidak mampu untuk mengulangi kejayaan epik beliau dalam majlis yang sudah. Persembahan beliau boleh jadi lebih baik, atau teruk.

Mengulas tentang komen selebriti & media yang kurang senang dengan gaya beliau ketika Golden Globes 2011, “Dewan itu bukan penuh dengan askar yang cedera.”

“Mereka antara insan paling bertuah di’muka bumi ini & mempunyai pekerjaan untuk berpura pura seperti orang lain. Saya usik mereka, saya acah mereka. Itu sahaja.”

Ricky Gervais berkata beliau ada menerima tawaran untuk mengacarakan Oscar tetapi beliau tidak rasa akan menerima tawaran tersebut, majlis anugerah Oscar terlalu penting buat selebriti menurut pendapat beliau.

Jika anda tidak pernah menonton monolog Ricky Gervais yang berjaya mencetuskan kontroversi awal tahun ini, tonton & nilai video selepas ini. We want Ricky Gervais again on Golden Globes