Kami tahu anda pasti sedang meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan melupakan segala hal kerja di hari ahad yang indah ini.

Agak cemburu kami sebenarnya kerana tidak dapat cuti kerana mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan.


Semalam selesai sudah Konsert Nusantara 1 Malaysia yang berlangsung di Lanchang,Pahang.

Konsert yang pertama kalinya dianjurkan di Lanchang mencatat sejarah apabila seramai lebih 7 ribu penduduk Lanchang membanjiri Dataran Dato Bahaman untuk menyaksikan persembahan Geisha, Astrid, D’Masiv, 6ixth Sense, GX4 dan Lefthanded.

Persembahan bertenaga yang ditonjolkan kesemua artis semalam menjadikan Dataran Dato Bahaman gamat dengan sorakan dan jeritan peminat sehingga kami yang berada di tepi stage pun menari tanpa segan.

Kepada peminat  Nidji, Geisha, Astrid dan D’masiv pula jangan lupa hadir untuk menyaksikan persembahan mereka besok malam di The Loft,Kuala Lumpur.

Di’bawah anda boleh layan gambar gambar yang di’ambil oleh jurugambar kami yang dedikasi. Enjoice!

Rock & Stars di’bawakan kepada anda oleh Universal Music dan Rumpun Records. The Loft sebagai penaja lokasi persembahan. Redbox & Redbox Plus sebagai penaja bersama. Suria FM sebagai radio rasmi. S2 Studio bertindak sebagai jurugambar rasmi & Rotikaya.com selaku media online rasmi.