fbpx

Sebenarnya, jika anda peminat tegar filem arahan Christopher Nolan tiada sebab anda untuk tidak pergi menonton filem terbaru beliau ini. Berhenti membaca dan terus periksa jadual tayangan di pawagam berhampiran anda, sekarang.

Filem pertama Christopher Nolan selepas trilogi Batman sebelum ini memang dinantikan ramai dan nampaknya penantian peminat tegar dan juga pemerhati filem berbaloi selepas Interstellar berjaya pamerkan sisi baru pengarah ini dalam bidang perfileman.

Interstellar mengambil tempat di masa hadapan yang tidak berapa jauh dari sekarang yang mana kita bangsa manusia berhadapan dengan kekurangan bekalan makanan kerana faktor cuaca bumi yang semakin tidak menentu dan perlukan alternatif segera.

o-JESSICA-CHASTAIN-INTERSTELLAR-facebook

Cooper lakonan Matthew McConaughey merupakan bekas jurutera hebat & juga juruterbang yang berpengalaman luas bersama NASA sebelum ini namun mengambil jalan untuk mengusahakan ladang beliau untuk makanan walaupun cuaca dan ribut tidak menentu.

Menemui cara canggih untuk meneroka angkasa lepas untuk alternatif kepada kehidupan di bumi, Cooper akhirnya meninggalkan bumi dengan sekumpulan kecil saintis termasuklah Brand lakonan Anne Hathaway untuk mencari rumah baru untuk kita semua.

INTERSTELLAR

Cooper turut meninggalkan anak perempuan beliau Murph yang dilakonkan oleh Mackenzie Foy & keluarganya untuk ekspedisi ini. Dan, sebenarnya hubungan Cooper dan anak perempuanya merupakan tunjang utama filem ini — lebih dari penjelajahan angkasa.

628x471

Ditulis oleh Christopher Nolan bersama adiknya Jonathan Nolan, filem Interstellar ini boleh dikata sebagai tribute kepada filem 2001: A Space Odyssey yang lebih menumpukan kepada emosi hubungan kekeluargaan dan kemanusian itu sendiri.

Anda akan terpesona dengan kemampuan Christopher Nolan untuk membuatkan anda ternganga dengan visual sepanjang filem dan dalam masa yang sama tersentuh dengan nasib juga masa hadapan umat manusia dalam filem ini.

interstellar_a

Kami berani berikan filem ini 4.5 BIJI ROTIKAYA. Di pawagam bermula 6 November 2014 ini.