Review: Terbaik Dari Langit
TERBAIK DARI LANGIT (2014) ialah filem kedua arahan Nik Amir Mustapha selepas filem KIL (2013) yang diiktiraf sebagai filem terbaik dalam beberapa buah majlis anugerah tempatan. Kali ini, Nik bergabung dengan penulis skrip Redza Minhat yang juga seorang penulis skrip teater dan telefilem yang berpengalaman, terbukti berhasil menggarap dan mempersembahkan sebuah karya yang baik. Ia ada kisah persahabatan, kehidupan, cinta dan fiksyen sains dalam garapan drama dan komedi.
Filem ini mengisahkan sekumpulan sahabat yang berjumpa semula selepas 15 tahun mereka berpisah membawa haluan masing-masing semenjak meninggalkan bangku sekolah. Ibaratnya, seperti school reunion atau alumni rakan se-asrama yang dipertemukan kembali diterajui oleh Berg (Bront Palarae). Misi utama Berg dengan bantuan rakan-rakannya, Ijam (Iedil Putra), Toyu (Amerul Affendi) dan Ali (Megat Sharizal) ialah untuk membikin sebuah filem eksperimen atau filem bajet murah di sepanjang perjalanan menjejaki 3 tapak kawasan yang pernah kononnya dilawati oleh makhluk asing, UFO.
“Drama, drama, drama, ending dia ada UFO!” kata Berg kepada Ijam dalam satu babak. Sebegitulah secara ringkasnya kisah Terbaik Dari Langit. Adakah mereka benar-benar akan menjumpai makhluk asing atau sebenarnya mereka akan menemui benda yang lain? Silakan ke panggung wayang sekarang kalau nak tahu apa yang best sangat tentang filem ini?
AMARAN: Ulasan seterusnya mungkin mengandungi spoiler, baca dengan risiko sendiri
Terbaik Dari Langit asalnya berjudul Bikin Filem kerana ia sememangnya mengisahkan susah-payah di belakang tabir untuk membikin sebuah filem pendek bersama kawan-kawan. Namun begitu, usaha ‘pembikinan filem’ yang diarahkan oleh Berg itu menjadi asas penyebab untuk mereka bersatu semula. Filem ini seronok untuk ditonton kerana akan mengingatkan kita kepada sahabat karib atau BFF semasa di sekolah dahulu.
Ia sebuah filem yang mudah dihadam kerana konflik yang terpendam dalam hati masing-masing di asrama dulu-dulu, mungkin boleh dikatakan semua orang pernah melalui dan merasainya. Terbaik Dari Langit memberikan ruang dan waktu kepada Berg, Ijam, Ali dan Toyu untuk bersemuka semula bagi meluahkan dan menyelesaikan apa yang terbuku selama ini.
Kisahnya bergerak dalam kronologi babak-babak flashback semasa di sekolah asrama lakonan baik oleh Berg (Zack Zharif), Ijam (Rahman Rahim), Toyu (Aliff Azeman) dan Ali (Hanif Latip) diselang-seli dengan penceritaan ala road movie Berg versi Bront Palarae dan rakan-rakannya yang sudah dewasa sekarang. Filem ini juga mengadun pengembangan kematangan watak-wataknya sebagai sebuah filem coming-of-age menjadikan ia begitu sesuai ditonton untuk semua peringkat umur, remaja mahu pun yang sudah besar panjang.
Pemecahan dua kisahnya yang silih-berganti, di belakang iaitu zaman sekolah dan di depan iaitu sepanjang perjalanan yang berhenti-henti, menceritakan punca sebenar keretakan hubungan persahabatan Ijam dan Ali. Watak Toyu juga ada suatu rahsia yang disimpan selama ini. Manakala watak Berg yang masih taksub dengan hobi membikin filem dan minatnya memburu UFO seolah-olah menjadi pengikat semua orang. Namun begitu, Berg juga ada konflik dalaman dirinya sendiri.
Pengembaraan yang nampak tak serasi di awalnya lagi apabila mereka memulakan perjalanan bersama-sama dalam sebuah van buruk sempit seperti perangkap kecil yang tidak dirancang betul-betul. Tetapi perjalanan itulah juga ialah kebebasan atau eskapisme yang sangat diperlukan oleh semua orang dan momen bernafas melihat sisi pandang orang lain terhadap diri mereka.
Ijam mahukan ruang berfikir sebelum benar-benar berkahwin dengan Zelda (Siti Saleha). Toyu yang selalu rendah diri perlukan pendesak untuk percaya pada kelebihannya sebelum yakin menjadi seorang guru. Ali kelihatan seperti seorang yang sentiasa go with the flow tidak kisah apa-apa, diuji setinggi mana takat didih barannya. Berg pula ialah seorang seniman yang mesti disedarkan dari fantasi karut-marut UFO dia, iaitu realiti sebenar dunia perfileman tempatan? Pendek kata, filem ini ialah kisah tampar-menampar dan menempelak secara jujur dan telus sesama sendiri demi untuk kebaikan masa depan mereka bersama. Ia seumpama gunung berapi hidup yang akhirnya boom! Meletup!
Di samping itu, watak lain yang berada di tengah-tengah kemelut yang melarat dan melalut sejak zaman sekolah di antara empat sekawan itu ialah Sofia Jane (Nadiya Nisaa) serta Sara (Sharifah Amani) sebagai orang tengah di antara Ijam dan Zelda. Sofia dan Sara ialah penyambung hubungan yang berpecah-belah juga menjadi pelontar kata putus muktamad apa yang mesti dilakukan seterusnya. Kenapa nama watak Sofia Jane, kita kena tonton dan selepas itu tanya Redza Minhat di media sosial ya!
Sebagai sebuah filem yang menggabungkan ramai pelakon atau ensemble cast kebarangkalian satu-satu watak melebihi keperluan penampilan watak yang lain tidak berlaku. Dalam erti kata lain, setiap watak mempunyai latar cerita tersendiri yang akan ke depan silih-berganti untuk bercerita dalam setiap konflik yang berlaku. Filem ini beruntung kerana dibarisi para pelakon yang diasah dari berbagai latar, pentas teater atau bakat yang berkembang dek pengalaman setelah berlakon di televisyen dan beraneka filem komersial atau drama berat.
Dari sudut pembikinan, filem ini jelas dibentuk dengan teliti dari serba-serbi nilai produksi bermula penulisan skrip, perwatakan, lakonan, lokasi, suntingan, skor muzik dan pengarahan. Mungkin tidak seratus-peratus sempurna, namun secara peribadi saya merasakan bahawa filem ini di antara yang bagus dalam tahun 2014 dari usaha gigih kerja keras para karyawan yang terlibat.
KESIMPULAN
Terbaik Dari Langit (2014) ialah sejenis filem yang mengimbas kenangan pahit-manis penonton di zaman sekolah dahulu malahan mampu mencetus kita untuk mencari nombor telefon, alamat e-mail atau carian rakan-rakan di facebook selepas habis menontonnya. Juga kalau anda mahu menyelami sedikit ke dasarnya, ia juga bercerita tentang gambaran dunia perfileman tempatan dari kaca mata pembikin dan produksi filem ini. Mungkin? Saya berikan 4 BIJI ROTIKAYA.
asal mamat sorang tu warna biru badan – kedaionlinemy.com
Sejujurnya…filem ni lebih baik dari Manisnya Cinta di Cappadocia. Saya duk gelak terbahak-bahak setiap kali adegan yang mencuit hati berjaya dilakonkan dengan selambanya oleh setiap pelakon. Pemilihan pelakon-pelakon yang amat dinamik. Konsep yang segar dan tidak membosankan. Saya pergi menonton dengan perasaan prejudis akan kemampuan filem Melayu tetapi saya pulang dengan perasaan riang seperti kanak-kanak Ribena. Filem ini membuatkan saya rindu akan kawan-kawan lama saya. Terima kasih kepada semua yang menjayakan filem ini. Filem patut tengok akhir tahun ini! (saya tidak dibayar untuk pandangan saya. Sekian).
Muzik latar best. Sinematografi best, Skrip best. Lakonan best.
Banyak dialog yg boleh dijadikan ‘motivational quotes’.
Rasanya ini je la filem Melayu yg boleh setara dgn The Journey,
tp still tak faham kenapa tak ramai yg tengok.
Mungkin sbb dh banyak disogokkan dgn filem2 sampah, smpi dhmalas nak berfikir bila di panggung.
Filem ini utk mereka yg nak berfikir.
Filem ini penuh dengan falsafah, sedangkan majoriti filem Melayu lain tahun ni penuh dengan falsampah.
walaupun cerita ni, saya belum berkesempatan nak pergi tengok kat wayang, akan saya gighkan untuk pergi. since hari pertama keluar iklan kat tv, memang da rasa nak sangat tengok cerita ni. walaupun cuma tengok trailer je, da cukup da nak buat saya jatuh hati ngan cerita ni. jom la pergi tengok. rasa macam tak menyesal je nak tengok kalau baca daripada komen2 yang ada. =)
to be honest, filem kroni. on the other hand, it looks good. heheh
Filem yang orang putih kata…beautiful.. a feel good movie…tahniah kepada pengarah dan penerbit dan penulis skrip dan juga pelakon…..lakonan yang sangat selamba dan menarik…so natural…tak ada sorang pun yang mengecewakan…tak ada scene yang membosankan..pandang langit for nothing ke…pandang lantai ke…tak ada..BEST
Typical american 90’s road trip movie!
Tapi at least ok arr ada effort buat movie
Genre cam ni :)
dah g tgk semalam.. menarik.. klu inginkan perubahan atau kelainan dlm dunia filem melayu atau dah bosan dgn longgokan filem sampah maka inilah jawapannya.. 2015 perlu lebih byk filem begini berbanding filem lawak dan hantu sampah.. p/s: aku suka watak toyu.. hihi
terbaik dari langit. jujur ckp, aku suka cerita ni. dari start scene fly smpai ending lampu now showing tu. lepas tgk cerita ni mmg aku terus rasa sedih, rasa nak balik zaman sekolah dulu. ayat2 dia semua kena la. heh. semua dah besar skang, crita ni byk bantu aku dari segi rohani, ceh rohani, yela realiti hidup ni pahit kan. aku suggest crita ni dkt org luar sana yg tgh lost. yg tgh terkapai2 dan benci realiti. cerita ni buat kita appreciate hidup kita walaupun bende tu kecik. friendship ni xboleh dibeli, utk budak2 sbp skang hargailah masa korg tu. masa xkan berulang. jgn lupa member2 lama susah senang dulu besar sama2 kot. okla tu je aku nak ckp. crew2 filem ni aku bagi tabik dkt korg, ayat filem ni mendalam bro. thanks
gambar cantik tp filem sampah, bosan dan syok sendiri. pelakon bagus tp sia2
film ni lain tp x semstinya bagus. isi dialog banyak yang kosong and banyak scenes yang membazir dan x de point. seriously dialog die kene improved
Filem terbaik! Utk ‘Burn’ and ‘anonymous’, anda tidak faham tentang bahasa filem.. saya tidak sediah apabila ada individu yg melebelkan filem ini sebagai sampah, bosan, dan seumpamanya. Bak kita mengajar fizik pada si bodoh yang langsung tidak faham, akhirnya dia akan tidur atau membebel.. berlainan sekali jika kita mengajar pada yang cerdik, dia akan berfikir dan terpegun dengan teori fizik yang dijelmakan dan mencari makna dan ruang dalam kehidupan. itulah metaforanya.
Filem terbaik dari langit cukup sempurna!
Orang bijak benda yg kompleks dia akan buat jd simple and mudah faham. Tp itu tak terjadi terhadap filem ini. Setuju gambar cantik tp dialog x kena.
Boleh bagi review x pasal kostum yang digunakan kepada setiap karakter?