Pada 14 September lalu, pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis indah diadakan di Sepang, Selangor.

Turut menjadi perhatian dalam majlis itu adalah kehadiran anak kepada Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya yang berada disisi bapanya selepas majlis akad nikah.

BACA: Fattah Amin, Amira Suka Cerita Pasal Agama & Tujuan Hidup

Turut menjadi perhatian perkongsian seorang individu ini yang memuji aktres Nur Fazura yang mengizinkan Fatima untuk berada di majlis perkahwinan bapanya.

Tidak kurang juga, individu itu turut memuji Fattah yang sentiasa berada bersama Fatima selepas akad nikah serta memuji Amira Othman yang mengajak Fatima untuk duduk bersama di pelamin.

Sementara itu, individu tersebut turut menyelar netizen yang tidak menghormati Fazura serta Fattah dan isterinya, Amira Othman.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan tersebut. 

Malah, ada yang mengatakan kesal apabila ada segelintir netizen mengecam Fatima susulan berada di atas pelamin bersama bapa dan ibu tirinya.

×