fbpx

Remy Ishak Padam Semua Foto, Unfollow Mira Filzah Di IG

Beberapa kali bergandingan bersama menerusi drama, rata-rata peminat mengatakan Remy Ishak dan Mira Filzah sangat sesuai bersama sehinggakan ada yang mahu melihat mereka bercinta dalam dunia realiti.

Bagaimanapun, tindakan Remy yang tiba-tiba memadam semua gambar di Instagram dan tidak lagi mengikuti akaun Mira menimbulkan tanda tanya dan kebimbangan di kalangan peminatnya.

BACA: Penerbit Drama Harap Mira Filzah Tak Kahwin Awal

Namun hasil pemerhatian, Mira Filzah masih mengikuti akaun Instagram aktor itu lagi. Setakat ini masih tiada perkongsian terbaru Remy Ishak di akaun Instagramnya.

Terdahulu, Remy dan Mira pernah digosipkan bercinta apabila tampil sedondon ketika menghadiri Festival Filem Malaysia (FFM) tahun lalu. Bagaimanapun keduanya menafikan ada hubungan istimewa dan persalinan sedondon itu tidak dirancang.

Setakat ini tiada penjelasan lanjut daripada Remy Ishak sendiri berhubung perkara itu. Apa pun pasti ramai yang tertanya apa sebenarnya yang berlaku sehingga pelakon kacak itu bertindak sedemikian.