Penerbit Drama Harap Mira Filzah Tak Kahwin Awal
Pendedahan Mira Filzah baru baru ini yang mengakui beliau sedang mengenal hati budi seorang jejaka nampaknya membuatkan ramai risau. Lebih lebih lagi ada spekulasi mengatakan yang pelakon itu bakal berkahwin tahun hadapan.
Penerbit drama, Fadzil Teh meluahkan harapan beliau supaya Mira Filzah tidak terburu-buru untuk mendirikan rumahtangga di saat dirinya berada di puncak populariti.
BACA: Mira Filzah Akui Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang
“Kalau boleh, saya berharap Mira tidak tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga ketika nama sedang meniti di bibir peminat. Dia sebaliknya boleh terus mencipta pengaruh yang lebih besar.
“Baru-baru ini, saya ada terbaca cerita dia kini mengenali hati budi seseorang. Harapnya, tidaklah dia sampai membuat keputusan berkahwin dalam masa terdekat. Bagaimanapun, soal jodoh tetap rahsia Tuhan. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukannya.
“Saya cuma berpendapat, dia boleh terus mencipta nama di pentas seni untuk tempoh beberapa tahun lagi,” ujar Fadzil Teh.
Penerbit drama itu turut memberitahu beliau senang bekerja dengan Mira Filzah kerana sikapnya yang sentiasa merendah diri dan tidak kedekut untuk mempromosikan projek mereka bersama di media sosial. (rtky/m)
- SUMBER
- Berita Harian
Sukahati dia lah nak kahwin pon Fadzil Teh lol
Biar lah dia kawin hj Zil bila sdh tiba jodoh nya.. populariti x m’dtg mana² pun.. bagi org² baru yg nk up..
Dia nie berlakon, dialog laju sgt ckp, smpi xfaham butir
Sama le mcm ungku the bangku tu ckp ngada2 dulu dia berlakon x cmtu tp skang overacting plak aku tngk dia nk buat babak2 romantik tu. Dia ingt dia nk lwn remy sahak le tew..
Rezeki, jodoh, ajal tu Allah yg tentukan jd kalau Pak Zil yakin dan beriman dgn perkara tu biarlah dia nk kahwin ke tidak! Ni masalahnya produksi2 yg ada kt Msia ni, mrk selagi mrk boleh kerah dan perah populariti seseorang artis mrk akan gunakan sampai naik lebam! Sampai pelakon lain xde tempat dan nilai langsung! Bodoh betul mentaliti produser mcm ni! Mrk boleh main tarik umpan dgn audien penonton dgn kdg2 je siar pelakon highly rated jd xla asyik muka tu jek kluo kt semua channel!
Betul itu..
Sukati dia laa nk kawin ke nk bersara berlakom ke, nk bisnes ke! Yg Zeel nk sibuk hal personal dia wtpe? Sbg artis yg ada pendidikkan tinggi Miera pasti lbh tau apa yg dia nk dlm tentukan masa depan dan kerjaya dia! X payah nk perasan yg ko yg naik atau jatuhkan saham mana2 artis! Awak tu hidup pun menumpang populariti artis!
Kitaran populariti seseorang artis tu dlm jangka bwh 10 tahun tu jer laa sejak dri 1st year dia mula berlakon dulu. Bila dah lbh dri tu dan masih bnyk offer tu dah kira establish laa mcm bnyk2 nama2 besar yg ada walau jarang keluar tv. Populariti dah x penting bila seseorang dah well established mcm Fazura, Abil, Tizx Zakiah, Umie Aida, Fasha, Diana Daniel, Maya Karin, Era Fazira and so on! Ini kerana mrk dah ada fans tersendiri yg akan sentiasa tunggu produk terbaru mrk. BBU jer yg kecuh nk maintain popular ni. Geng2 acik bawang kepam x heran dah geng2 BBU ni…
Org nak cari bahagia bukan populariti uncle z. Asyik pikir nk lakukan drama cinta cintun ko je! Mijah ni frozen dlm lakunan. Muka mcm nk nangis all the time.