fbpx

Remy Ishak Minum Air, Ramai Wanita Tergoda

Sebut saja nama Remy Ishak, sememangnya pelakon itu menjadi kegilaan ramai wanita. Tinggi lampai dan memiliki rupa paras yang kacak, apa sahaja yang dilakukannya pasti menjadi perhatian ramau

Baru-baru ini, Remy dilihat ada memuat naik gambarnya sedang menyedut air minuman. Difahamkan foto tersebut dimuat naik bagi tujuan mempromosikan sebuah jenama minuman berasaskan kopi.

BACA: Buat Kejutan Hari Jadi, Remy Ishak & Bekas Tunang Kembali Bersama?

Apa yang pasti, aksinya itu membuatkan ramai pengikut terutama wanita cair serta menyifatkan pelakon itu sangat kacak di dalam gambar berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen lucu mengatakan rasa dahaga dan bertenaga selepas melihat foto berkenaan.

Kalau dah kacak, tengah minum air pun tetap handsome di mata wanita. Siapalah wanita bertuah berjaya memenangi hati Remy agaknya?