Buat Kejutan Hari Jadi, Remy Ishak & Bekas Tunang Kembali Bersama?
Tinggi lampai dan memiliki rupa paras kacak, tidak dinafikan Remy Ishak antara pelakon lelaki yang menjadi kegilaan ramai gadis.
Usia sudah mencecah 39 tahun, pasti ramai tertanya-tanya siapakah gerangan gadis yang bertuah bakal menjadi suri hati pelakon itu.
BACA: Jasmine Suraya Pilih Remy Ishak Untuk Gandingan Aksi Panas
Bagaimanapun, baru-baru ini perkongsian Remy baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila membuat majlis kejutan hari jadi buat bekas tunangnya Ezza Yusof.
Menerusi entri dikongsikan, majlis itu dikhabarkan telah dirancang oleh Remy sendiri malah pelakon itu turut membelanja semua tetamu yang hadir.
Tidak hanya setakat itu, Remy turut dilihat menyambut hari jadi Ezza buat kali kedua pada hari berikutnya.
Melihatkan perkongsian tersebut, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira melihat hubungan baik kedua mereka serta mendoakan mereka kembali bersama.
Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan selama dua tahun sebelum memutuskan hubungan pada 2019.
- SUMBER
- BeautifulNara
Bff
Bang remy..smoga cepat kawen bang..hensem selalu
Setelah disedari bahawa job kurang, poket menipis, rupa memudar, populariti menurun, awek2 artis dah kawen, maka…
Oklah Abg Remy cantik apa x tunang…apa salahnya kalau dah jodoh
Tak nsem pn. Biasa je. Hairan yg mana ckp dia nsem tu. Kalo nsem mcm pu riz tu. Hahaha. Rrmy ni pd aku dia pndai blakon je,. Mnjiwai watak. Bg la mana2 pmpn pn. Smua serasi. Tp still muka tk blh lawan pu riz. Hahaha
Remy ishak ni hensem la.. Muka lembut, penyayang.. Suka tgk dia lagi dri pu riz.. Pu tue tk hensem la biasa2 je.. Muka dia bkn muka melayu.. Mcm Pakistan ke apa ke Arab entah.. Muka lelaki melayu lain…
Rupa paras luaran tidak penting. Kecantikan dalaman yg membuatkan sesaorang itu hensem dlm erti kata sebenar. Kah kah kah