fbpx

Remy Ishak, Isteri Terima Hadiah Daripada Agong & Permaisuri

Selamat disatukan pada Sabtu lalu, rezeki pelakon Remy Ishak dan isteri, Ezza Yusof melimpah apabila menerima hadiah istimewa daripada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pasangan itu terharu dengan pemberian berkenaan. Dapat dilihat beberapa kotak berwarna kuning dibungkus dengan cantik.

BACA: “Kalau Ada Yang Patah Hati, Tolong Maafkan Saya”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

“Syukur Alhamdulilah, nak kongsikan sedikit, kami dapat hadiah istimewa daripada Istana Negara. Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong untuk hadiah ini.

“Terima kasih utuk hadiah yang sangat istimewa ini dan anugerah perkahwinan kepada kami berdua. Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurniaan Allah SWT buat Tuanku dan Tunku,” katanya.

Sabtu lalu, Remy selamat bernikah dengan bekas tunangnya, Ezza Yusof dengan sekali lafaz pada dalam satu majlis tertutup mengikut SOP ketat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.