fbpx

“Kalau Ada Yang Patah Hati, Tolong Maafkan Saya”

Selamat mendirikan rumah tangga Sabtu lalu, nampaknya ramai peminat yang patah hati dan kecewa apabila hero Malaya, Remy Ishak sudah pun berkahwin dengan wanita pilihan hati, Ezza Yusof.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Remy sempat memuat naik video daripada peminatnya yang patah hati dengan keputusan pelakon itu untuk menamatkan zaman bujang.

BACA: “Untuk Ada Lebih 3 Anak Dalam 5 Tahun Ini Tak Mungkin Berlaku”

Meskipun video itu hanya gurauan semata-mata untuk menceriakan harinya, Remy bagaimanapun memohon maaf sekiranya ada dikalangan peminatnya yang kecewa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

“Saya tahu mereka semua adalah peminat dan penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya, tapi kalau ada yang betul-betul patah hati, tolong maafkan saya,” tulisnya.

Remy turut berkongsikan video memaparkan seorang wanita sedang bersedih berlatar belakangkan lagu nyanyian Rossa berjudul Hati Yang Kau Sakiti.

Dalam entri tersebut, Remy berkata dia akan terus berlakon dan menghiburkan peminat-peminatnya walaupun sudah bergelar suami orang.

Sabtu lalu, Remy selamat bernikah dengan bekas tunangnya, Ezza Yusof dengan sekali lafaz pada dalam satu majlis tertutup mengikut SOP ketat di Masjid Negara, Kuala Lumpur.