fbpx

Remy Ishak, Ezza Yusof Nikah Sabtu Ini

Nampaknya Remy Ishak bakal menamatkan zaman bujang apabila pelakon itu dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan bekas tunangnya, Ezza Yusof pada Sabtu ini.

Memetik laporan Harian Metro, sumber memberitahu pasangan itu akan bersiap di sebuah hotel terkemuka di ibu kota sebelum dibawa di lokasi pernikahan pagi Sabtu ini.

BACA: Buat Kejutan Hari Jadi, Remy Ishak & Bekas Tunang Kembali Bersama?

Sumber juga memberitahu busana pernikahan mereka juga mendapat sentuhan pereka fesyen muda terkenal.

Difahamkan, pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun majlis terpaksa dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

Terdahulu, Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun putus pada 2019. Bagaimanapun, timbul desas desus kembali bersama tahun ini selepas Remy meraikan majlis hari jadi Ezza di sebuah restoran.