fbpx

Remy Ishak Dipuji Tak Tinggal Solat Ketika Penggambaran

Bila bergelar selebriti sudah tentu mempunyai jadual kerja yang padat sehinggakan tiada masa untuk mendirikan solat. Namun tidak semua selebriti bersikap sedemikian. Lihat saja penyanyi Haqiem Rusli yang sebelum ini dipuji mendirikan solat di belakang pentas sebaik saja tamat persembahan.

Kali ini giliran pelakon yang terkenal dengan gelaran ‘Tall, Dark & Handsome’ iaitu Remy Ishak pula mendapat pujian netizen kerana sikapnya yang mengutamakan solat ketika menjalani penggambaran sebuah drama.

BACA: Remy Ishak Dedah Pernah Alami Depresi

Perkongsian oleh pengguna Twitter itu mendapat perhatian netizen dan peminat yang memuji sikap pelakon itu. Seorang netizen turut memberitahu Remy juga seorang yang rajin menunaikan solat di masjid dan tidak sombong untuk menegur jemaah lain.

Seperti biasa, pasti ramai wanita meninggalkan komen memuji pelakon itu dengan mengatakan inilah lelaki idaman wanita dan sangat beruntung wanita yang memiliki Remy sebagai suami.

Apa pun tidak kira siapa pun kita, tiada alasan untuk seorang Muslim meninggalkan solat. Sikap Remy ini sekaligus dapat dijadikan contoh buat anak muda di luar sana untuk utamakan solat walau dimana berada.