fbpx

Remy Ishak Dedah Sampai Sekarang Masih Malu

Jarang memuat naik gambar mahupun perkembangan terbarunya di media sosial, Remy Ishak berkongsikan rahsia mengenai dirinya bahawa dia sebenarnya tidak gemar bergambar dan posing di hadapan kamera.

Remy berkata meskipun kehidupannya sudah biasa dengan kamera apabila sudah bertahun-tahun berlakon namun sehingga kini dia masih ada perasan malu. Malah, dia sendiri juga tidak faham tentang dirinya mengenai perkara itu.

BACA: Muncul Dengan Imej Tanpa Jambang, Remy Ishak Buat Peminat Tak Keruan

“Meh sini aku bagitahu korang 1 rahsia. Benda pelik yang aku sendiri pun tak faham pasal diri aku. Aku sebenarnya tak suka bergambar.

“Tak suka duduk depan lensa kamera. Ada rasa segan, malu. Sampai sekarang aku masih malu berdepan dengan kamera. Pelik bukan? Pelik tapi benar. Sumpah,” katanya.

Pendedahannya itu sekaligus mengejutkan ramai peminat dan netizen, bagaimanapun rata-rata mereka tetap memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu. Namun, ada dikalangan netizen turut berdepan perkara sama apabila bergambar seorang diri.

Tidak kurang juga ada yang memberikan tips untuk kurangkan rasa malu dengan menganggap apabila bergambar itu sama seperti lakonan.