Muncul Dengan Imej Tanpa Jambang, Remy Ishak Buat Peminat Tak Keruan
Tampil dengan penampilan terbaru kemas tanpa jambang, Remy Ishak menjadi perhatian ramai peminatnya selepas berkongsikan video pendek bersama pelakon Nad Zainal bagi mempromosikan drama terbarunya.
Sekian lama kekal dengan imej berjambang, rata-rata netizen memuji penampilan Remy yang kelihatan lebih muda dan kacak tanpa jambang. Malah, ada yang mengatakan penampilan barunya itu kelihatan seperti wajahnya 10 tahun lalu.
BACA: Puji Peminat Cantik, Remy Ishak Buat Ramai Wanita Cair
Diruangan komen, peminatnya seolah tidak keruan dengan penampilan Remy itu. Remy juga dilihat turut membalas beberapa komen para peminatnya. Melihatkan perkongsian itu mengenai pasangan kekasih, netizen turut mendoakan agar Remy segera bertemu jodoh.
Terdahulu, Remy mendedahkan dia mengalami kemurungan hingga terpaksa mendapatkan nasihat doktor akibat terperap sendirian di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada 18 Mac lalu.
aik mana jemah2 x masuk lg lapor diri. bergetar tulang rusuk ke tgk abam remy. acik tgk sama je mcm selalu. moga temui jodoh juga nanti ya remy.
Ya Ampun…yg single tu ok yg dah jadi mak2 tu takyah la miang miang keladi…
tempurung kelapa dibeli di Bagan Datuk
Buat utk alatan memasak
Wahai Remy yang bujang terlajak
Bila nak makan nasi minyak
nampak mcm gayah….eeer ayam togel. lol
Lebih suka Remy dr Jul Arripin yg poyo tuuu…idop bang Remy kuuuu. Love sesangt sis suka kulit sawo matang
Kalo betul abg Remy ni sngt popular nape x penah menang bintang paling popular pun yer????
Bintang popular tu org fan club vote… sendiri vote sendiri buat2 terkejut.